Monday 10 June 2013

Running Man : Variety show yang Unik/Kelakar Lain daripada lain


As salam, aku pasti ramai yang dah kenal kan variety show paling famous di Korea dan juga di peringkat antarabangsa/asian> Malaysia, Singapore, Thailand, Hongkong, Vietnam, Philipine, Macau, Indonesia dll iaitu "Running Man". Running Man ni sebuah rancangan hiburan di korea, konsep dia yang best/Kelakar serta unik dan diberi Misi yang berbeza2 setiap episod. 

Ok, aku terang ringkas la.. Running man ni rancangan hiburan yang membawa konsep kuiz, hide and seek, cari benda, bermacam jenis permainan dan misi yang berbeza disediakan setiap episod. Ahli Running Man tetap ada 7 orang dan setiap episod ada tetamu artis akan dijemput. Selalu akan dipecahkan kepada dua team seperti 4 team biru dan 5 team merah termasuk tetamu artis jemputan tadi.

Contoh ya, pada awal dan pertengahan mereka akan VS diantara dua team tadi untuk mendapatkan kelebihan yang boleh digunakan di peringkat terakhir.. selalu di peringkat awal dan tengah ni mereka akan lawan menguji minda bermain kuiz atau ikut la apa game yang disediakan kerana setiap episod memang akan berubah2 kadang mula2 dah kena aksi kejar mengejar untuk menyingkirkan antara 1 sama lain sampai la siapa last dia la menang. Begitu juga team tak semestinya 4 atau 5 kadang berdua/couple atau bertiga semua berubah2.



Contoh game yang mereka main dimana jae suk akan menanyakan soalan dan kwang soo kena memberi jawapan. Mereka tidak dengar antara satu sama lain kerana diberi pakai headphone sambil dengar musik.. soalan dan jawapan sudah pun disediakan di depan cuma kena pilih dan jawab secara random.. nasib la kalau jae suk tanya soalan dan kwang soo dapat jawab dengan tepat masalahnya lain ditanya lain dijawab itu yang lawak dan itu la misinya huhu..

Haha cuba menyingkir 'Out' kan sukjin dengan menanggal name tag di belakang

 Dan selalu di peringkat terakhir mereka akan masuk babak kena kejar mengejar, contoh Red team adalah team pemburu dan blue team adalah team pencari. Di sini blue team diberi misi untuk mencari contoh cari 5 barang dan kumpulkan kelima barang tadi di suatu tempat yang disediakan.. dan jika dapat kumpul kesemuanya blue team akan menang.. tapi tak semudah itu kerana red team punya misi pula untuk mengagalkan/menghalang blue team daripada berjaya melengkapkan 5 barang tadi.. dengan itu red team kena mencari semua ahli blue team dan singkirkan mereka dengan cara menanggalkan Name tag (nyawa) yang melekat dibelakang.. jika berjaya singkirkan semua maka red team akan menang begitu la game dia.. *Ingat ya setiap episod game berubah2 tak menentu itu yang best.


Sebab-sebab Rancangan Running Man menjadi Terkenal



1.Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.

2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.(tidak fake) semua tunjuk perangai sebenar.

3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.

4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.

5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).

6. Suntingan yang mantap, Editing, Effect kesan khas, kesan bunyi semua teliti dan kualiti Gred A
daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Memang terbaik 'Deebak'.

7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi. Kelakar dan bersahaja itu membuat show RM ni terkenal lagi.

8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik. Pandai mereka mencari tempat2 yang best sambil mempromosi tempat2 tadi. dan tempat2 tadi la tempat dimana mereka melakukan misi.

9.
Bukan sahaja buat misi disambil itu ada pelbagai elemen2 seperti Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man itu yang menjadikan RM lebih mantap tapi semua elemen nampak serius tapi sebenarnya kelakar
 
10. Kisah si pengkhianat. Contoh ikon khianat Lee kwang soo atau gelaran dia Girrafe kerana ahli paling panjang dengan ketinggian 190cm, diikuti Haha dan Ji suk jin. Mereka ni suka belot ahli lain kerana untuk menang antara ahli terlemah dan menggunakan akal belot mereka serta kreativiti bagaimana untuk menang dalam usaha itu kita boleh saksikan kekelakaran mereka yang superb.

*Di edit kembali oleh aku dan Sumber 10 sebab ini diambil dari :



Kisah bermula..

Aku mula minat Running man ni masa tahun 2011, masa tu adik aku la tengok sambil gelak sakan di astro channel Asia one Hd 393.. aku time tu tak tahu apa2 lagi pasal rancangan ni sebab aku memang tak minat sangat variety show lagi2 versi korea.. kecuali yang betol2 kualiti/lawak dan boleh diterima macam RM ni huhu.

So pendekkan cerita satu hari ni aku cuba la layan sebab time tu bosan xde cite apa nak tengok. aku ingat lagi RM baru masuk episod dalam 60 lebih.. mula aku tak paham jugak layan punya layan makin lama makin rancak dan best/kelakar.. sebab aku dah mula faham konsep dan game dia.. lepas dah satu episod layan lagi episode RM yang lain kebetulan tengah Maraton 4 episode serentak lepas tu la bermula minat aku kt RM ni. Lepas tu mula cari setiap episod yang aku miss di internet untuk download..

Running Man bermula tayangan start dari tahun 2010 masuk 2013 sekarang sudah 3 tahun. Update untuk bulan jun 2013 ni sudah sebanyak 148 episod kesemuanya.

 




Seperti yang kita lihat kat dalam gambar, Nama dan gelaran masing2 serta perhubungan/karakter diantara mereka. Dan mereka-mereka ini adalah ahli tetap RM dan sekarang hanya tinggal 7 " yoo jae suk, ji sukjin, kim jong kok, Haha, Gary, ji hyo dan lee kwang soo 2 lagi ahli telah keluar dari menjadi ahli tetap kerana sibuk dengan jadual mereka iaitu Song joong ki dan lizzy.


I edit this when i was admin at Kl kpop fans. Saya la yang edit pic ni tahun lepas

Setiap ahli RM juga mendapat gelaran watak haiwan menerusi karakter serta kekuatan mereka.. ha aku la yang edit pic diatas ni dan pembetulan kang gary adalah watak monyet bukan kucing. Boleh tengok watak mereka dalam episod 141 animal kingdom. Maksud aku bukan setiap episod ada je mereka jadi watak haiwan cuma gelaran untuk masing2.. kena tonton sendiri baru faham macam mana show ni.




Umur dan tarikh lahir Ahli RM

Diikuti paling tua adalah Ji sukjin(48)dah kawin > yoo jae suk(41)dah kawin > kim jong kok(37)> kang gary (35)> Haha(34) baru kawin 2013> Song ji hyo(32) dan paling 'Maknae' muda  adalah Lee kwang soo (28) *ni 2013 punya update.

Bonus Info: Di korea mereka amat menitik beratkan soal senior/junior, bukan sahaja dari peringkat sekolah dan kolej ada panggilan Senior dan junior malah dalam dunia artis mereka pun ada siapa yang debut dulu dia la senior (Sunbae) yang debut kemudian adalah junior (Hobae)..
 

Siapa umur tua sikit pangkat abang atau kakak mesti la di akhir nama disebut 'Hyung'=abang(nama panggilan untuk abang daripada adik lelaki ) 'Oppa'=Abang ( nama panggilan untuk abang daripada adik perumpuan) dan 'Nuna'=kakak ( nama panggilan untuk kakak daripada adik lelaki) 'Unni'=kakak ( nama panggilan untuk kakak daripada adik perumpuan). Contoh kwang soo memanggil jong kok 'hyung' atau ji hyo 'nuna' kerana jong kok dan ji hyo adalah paling tua daripada kwang soo.

Kalau abang kakak ni pula nak panggil adik mereka atau yang muda dari umur mereka adalah 'dongsaeng'=adik tak kira laki/perumpuan..juga boleh panggil nama mereka sahaja.. contoh jong kok yang lagi tua dari mereka2 ni memanggil kwang soo 'ya/ah'.. ji hyo 'ya/ah'. 'Maknae' =paling muda contoh dalam RM yang paling2 muda sekali adalah kwang soo jadi dia lah 'Maknae' RM. 'Maknae' selalu digunakan ke atas sesuatu kumpulan yang paling muda dalam kumpulan tersebut adalah 'Maknae'.

Gelaran untuk mereka yang tua/veteran/ atau yang sudah lama dalam dunia artis/hiburan/dll seperti ji suk jin dan yoo jae suk boleh dipanggil dengan gelaran 'hyung-nim' ni dengan lebih hormat sedikit begitu juga dengan untuk perumpuan 'Nuni-nim'. Contoh kwangsoo umur 28 dan hendak memanggil yoo jae suk umur 41 jauh kan beza umur.. so dengan lebih hormat Lee kwang soo panggil yoo jae suk hyung-nim atau yoo jae suk sunbae-nim(senior lama/terhormat) atau yoo jae suk hyung ( panggilan nama untuk abang). Kalau nak panggil hyung sahaja pun boleh~Abang hehe. So kalau Encik = Sshi contoh
Gary-shi, kalau perumpuan cik= dia kat sana panggil Miss je kalau tak silap contoh miss ji hyo atau boleh pakai Sshi juga. ok itu la bonus info yang aku tahu sikit2 maklum banyak tengok RM sambil tu boleh belajar sikit2 bahasa mereka.*klu ada silap betolkan

Kalau korang tengok drama ke movie atau RM mesti perasan terdengar seperti panggilan2 diatas ni ha itu la dia


Karakter paling aku minat dalam RM?

Lee Kwang Soo / Kwang-vatar / Giraffe / Icon of Betrayer
 
Semua karakter dalam Running man aku minat tiada yang terkecuali. Masing- masing ada watak dan peranan sendiri.Tapi yang paling aku minat sekali sudah tentu Lee kwang soo! haha dia ni memang unik/best dan paling kelakar aku rasa kadang apa dia buat tidak dijangka dan aku suka karakter dia ni diikuti Haha> Yoo jae suk> Gary> Ji hyo> Jongkok dan Sukjin.. tapi kadang bergantung la pada episod tu. Bagi aku semua penting la huhu.

 onsicaroyalty:

the penguin and the giraffe.




Kata penulis..

Ok last, Running man memang deebak=terbaik! k la kalau ada apa2 nak ditambah aku akan update.. ini cuma sebagai hiburan sahaja di masa lapang.. aku bukan taksub ke apa cuma minat sahaja, aku tahu banyak sebab bertahun lebih dah ikut sudah tentu tahu banyak cuma ingat ni bukan Kpop tu ni variety show lain bhai.. 

Nak ceramah skit: Kpop semua sorry to say xminat dan xlayan dah dulu kejap je terjebak siap jadi admin kt Fb bagai adoi tobat lepas tu baru sedar tiada faedah pun.. risau tengok budak2 sekarang ada sampai taksub menggila kpop ni..aku alhamdulillah cuma minat2 begitu aku ni jenis tak senang sangat nak terpengaruh.. bila korang sedar balik apa peranan korang di dunia realiti ni baru akan faham.. buat apa la ikut taksub suatu benda yang tak menjamin korang punya masa depan lagi2 MASA berharga korang tu..baik dari 24jam follow up kpop korang belajar dan ada masa kualiti dengan keluarga atau buat benda berfaedah boleh kasi manfaat pada diri sendiri juga pada orang lain lagi bagus.. *jap lagi ada la bash aku ni kikiki* 



Tinggal RM ni je la satu2nya variety show korea kot yang aku follow sampai sekarang.. sebelum Rm ada rancangan star king kot yang ada tetamu datang tunjuk bakat.. lepas tu macam bosan je terus tinggal.. kalau ada drama or movie korea best2 aku layan..tu pun kalau ada masa.. sekarang berbeza dari dulu.. aku dah mula sibuk dengan kerja/kolej dan kehidupan harian sejak masuk alam dewasa ni so xde masa dah nak gila2 layan cite macam dulu lagi2 drama sobs2..

Maybe ni bukan satu post yang beri manfaat atau faedah tapi sekadar perkongsian minat aku.. apa yang positif dari show ni dan pengajaran yang kita boleh ambik kita ambik la sambil fun2.. yang buruk tu buang jauh2.. show macam ni memang sesuai dengan aku budak kreatif multimedia.. kadang dari show ni banyak juga kasi aku nak develop idea/tengok angle camera/mencari/ idea atau membuat sesuatu yang kreatif woot woot!









3 comments:

  1. Yessa. Bagus ! saya pun minat RM. Tapi mostly too HAHA. Tp, mcm awk jugak bergantung kpd episod. Hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Setuju 100% apa yg awk cakap tuhh. Saya pun ta minat or taksub Kpop sangad. Just minat Running Man ni jelahh.

    ReplyDelete
  3. Wahh bila komen ni sorry mmg lama dah tak bukak blog, yup mmg best sampai skrg masih ikut btw thanks 4 ur komen yup just minat sahaja tak lebih dari tu hihi

    ReplyDelete