Wednesday 12 June 2013

Movie Perang korea Terbaik!

Ok kali ni aku nak share kat korang skit pasal movie perang korea terbaik Top 3 setakat ni bagi aku. Dari segi jalan cerita, kesan khas, para pelakon yang hebat, ada pengajaran serta makna dan overall memang terbaik! 


Tempat pertama: 71: Into The Fire (2010)








Movie terbaik bagi aku 71 into the fire! cerita ni berdasarkan dari kisah benar dimana 71 pelajar(korea selatan la) yang pergi berperang melawan beratus-ratus tentera Korea di hadapan sebuah sekolah menengah pada 25 jun 1950 semasa perang korea.. tentera betul korea selatan terpaksa meletakkan 71 pelajar ini untuk melengahkan tentera korea utara daripada mara.. Dibintangi oleh Top(Big bang) kwon sang woo.. memang sedih wo
 
Movie ni keluar lama dah tahun 2010 aku pun tak perasan  time tu baru layan tahun 2013 ni so ni ada link Full movie siap Eng sub di youtube atau korang boleh cari dan download kalau nak puas hati gambar Hd macam aku download hehe.


http://www.youtube.com/watch?v=Zmjw1LWrj08&feature=share



 Tempat kedua
:
Taegukgi: The Brotherhood of War (2004)





Tae Guk gi ni juga merupakan filem perang korea. Macam biasa la perang dengan korea utara.. aku dah tengok boleh tahan la best jugak antara yang terbaik.. kisah adik beradik terpaksa menjadi tentera dan pergi berjuang. link tiada pandai2 la cari kikikiki
                               

Tempat ketiga : My Way (2012)




My Way antara filem perang terbaik! baru lagi cite ni tahun lepas punya 2012. aku dah layan memang best boleh tahan adoi malas nak ulas nah baca sipnosis dia yang panjang lebar(Ulat buku je/si rajin) atau korang boleh pergi terus cari dan download terus kikikih xD
                                                                        

                                                                   Sinopsi My Way

 
Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. 

Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.


Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.


Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

 

Kata penulis.. 

Itu la top 3 filem perang korea bagi aku..bagi korang aku tak tahu la.. aku memang suka cite2 jenis macam ni agak rare la filem2 perang macam ni nak keluar.. orang putih punya ada jugak yang boleh tahan dan best tapi lagi best dalam sesebuah filem itu ada pengajaran dan nilai yang bermakna kita boleh ambik.. hmm tengah tunggu Malaysia bikin filem macam ni sampai bila la nak ada.. balik2 rempit.. tak rempit minah rempit pulak.. lepas tu cerita hantu cerita cinta mengarut sampai ke 7 petala langit -.-.. memang sekarang industri kita tidak berubah2 itu akan dikupas for the next post hehe! Thank you *komen jangan lupa!







 



No comments:

Post a Comment