Monday 3 June 2013

Al kisah aku selamatkan seekor Kucing terbiar

 Kisah ni dekat nak sebulan lebih dah dalam tahun 2013 ni juga.. saja nak ingat kembali sekor anak kucing yang unik.. Aku rescue seekor kitten ni kat tepi longkang sian pulak nak biar sorang2 kadaan dia teruk gak dirty ngan minyak hitam la, so apa lagi bawak balik rumah la.






 Ni la dia kitten tu, masa ni proses pembersihan sedang dijalankan dah feel mcm doktor time ni.. agak setengah jam jugak aku mandikan dia sebab kekotoran dia bukan calang2 ia memerlukan kepakaran yang tinggi dan mesti dibawah pengendalian professional kihkihkih.. "doktor" mus dapat mengesan jenis kotor yang dihidapinya dipanggil "minyak hitam" < ni la punca lama dia kena mandi.. jadi aku rendam dia dengan air suam panas dalam sink tu supaya tak kesejukan (memang dia duduk diam) campur skit dettol serta sabun kucing la mandi2kan dia sampai hilang kotor minyak tadi.


Jeng2 nampak tak beza muka ada manyak bersih ooh time ni segar dah dia.. cute dia ni muka pun ada ala2 cina pun ada..



Ok lepas selesai mandi semua sedia kan tempat tido dia, rumah dia dia special bukan rumah kotak kos rendah tu kikiki tapi bakul baju besar daa ibarat banglo+bantal kuning tu (bantal dah tak pakai)+ 1selimut biru import bhai "made in china" baru hehe.. lena senyap tak bising perkhidmatan 1st class punya..
 

Tapi masalah tak selesai lagi, masalah dia aku tak boleh nak bela dia sebab aku pun dah ada seekor kucing kat rumah+aku sibuk pulak so xde masa nak jaga dia.. aku fikir kat siapa aku boleh hantar atau kasi orang ambik dia supaya masa depan dia terjamin kikiki..

Apa lagi search la kt internet kat mana ada tempat2 penjagaan kucing last jumpa kt FB ni 1 page untuk iklan kan kucing2 terbiar ni link dia https://www.facebook.com/ktaj0311?fref=ts so aku malam tu jugak post dan menunggu la sapa yg baik hati PM aku..




Kenapa aku cakap dia ni unik? sebab dia mempunyai mata yang berlainan warna..(boleh tengok kt pic di atas) sebelah biru sebelah warna biasa.. aku sedar masa mandikan dia.. jadi ini menimbulkan tanda tanya 1st jumpa kucing lain kaler mata..jeng2.. so apa lagi semangat detektif conan pun muncul la mintak tolong dengan inspektor google selidik dan membuat kajian yang mendalam kikiki

So baru la aku tahu ini hanya fenomena biasa sahaja tapi Rare dan kebanyakkan hanya berlaku pada kucing bulu putih ..warna lain pun ada tapi amat jarang.. percaya x percaya manusia pun ada gak.. adoi ingat dia pakai contact lens ka apa kikiki..


Ini lah dipanggil jenis special dan jarang untuk ditemui, ia adalah satu kadaan dipanggil heterochromia dimana salah satu mata(iris) dia berbeza warna dengan sebelah lagi.. dan jenis kucing istimewa ini dipanggil Turkish angora.. nak tahu lebih pasal jenis ni kaji la sendiri ye kikiki 


 Anak kucing special ni aku rasa2 umur dia tak sampai 2 minggu jadi anak kucing kebiasaan dia hanya akan minum susu dalam tempoh 4 minggu awal lepas tu boleh dah nak makan apa2 lauk ikan ke udang ke kikiki.., melalui info yang aku baca dia tak boleh minum susu yang untuk manusia kerana ada lacktose yang terdapat dalam susu biasa sebab ia boleh memyebabkan cirit birit, sakit perut, muntah2 dan kembung perut..ntah aku kasi susu dutch lady rileks je hehe tapi itu la kalau boleh kena la bagi susu khas untuk anak kucing.. aku sebab darurat tu terpaksa bagi susu biasa dan botol dia pun bukan kucing punya tapi dia bedal je asal kenyang boleh lena sudaa la..lagi pun aku bela dia dalam 3 hari je..alhamdulillah sihat no problem

Ni link dah ada tips-tips dan info untuk jaga anak kucing
berguna la kepada siapa yang ada kes macam aku atau ada yang bela anak kucing yang terpisah dari ibu dia : 

http://kucingutara.blogspot.com/2011/09/botol-susu-susu-untuk-kucing.html 
 
http://dearcats.blogspot.com/2010/11/q-cara-menjaga-anak-kucing-terbiar.html





Ok, dalam masa 3 hari tu ada dah orang yang dah berkenan dekat dia tapi tak confirm pulak pendekkan cerita last sekali ada juga yang sudi nak bela dia.. memang berat nak lepas kan si unik ni tapi apa boleh buat tiada masa nak jaga.. masa chat2 dengan owner baru yang mesra ni terus diberikan nama "Toby" so toby la nama dia.. good bye toby sobs2.. so itu la sedikit kisah si toby ni.


















































No comments:

Post a Comment